Sunday, August 16, 2009

BAHASA MENCERMINKAN BANGSA

Bahasa mencerminkan sesebuah bangsa. Namun malangnya sejak akhir-akhir ini kelihatannya anak muda berbangsa Melayu memandang remeh terhadap bahasa mereka sendiri. Kebanyakannya generasi muda kini lebih suka menggunakan bahasa asing ataupun bahasa rojak (bahasa yang bercampur) untuk berkomunikasi. Malah lebih menyedihkan lagi, penggunaan bahasa slanga semakin berleluasa dalam kalangan mereka sehingga nilai-nilai kesantunan bahasa tidak lagi dititikberatkan. Kemerosotan penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat apabila sesetengah daripada pelajar-pelajar berbangsa Melayu sendiri gagal/tidak lulus dalam peperiksaan Bahasa melayu sedangkan pelajar-pelajar bangsa lain mampu lulus dengan cemerlang. Keadaan ini sebenarnya amat membimbangkan. Sebagai bangsa Melayu, kita seharusnya mempertahankan jati diri Melayu dan memartabatkan Bahasa Melayu kerana sekiranya tidak, siapa lagi??? Renung-renungkan...